Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan
aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa
yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa
raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara
professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and
condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan
mereka dengan begitu saja.
Sebelum aku bercerita, hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan
bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara
berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.
Kalau engkau membebel seperti ini;
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak
Mosen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada
bagi service GRO pun mamak Mosen ni".
Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.
Kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku
makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je,
kennyang jugak"
Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.
Namun, kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"
Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya.
Contoh 1 dan contoh 2, adalah masalah sikap. Tidak ada kena mengena
dengan masyarakat sekitar. Pergi mati lah dengan perangai berkira dan
kedekut kau. kau komplen kau bangang.
Contoh 3 adalah masalah penindasan. Ya. Kau ada upaya menindas dengan
licik dan kemas. Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun
nak bising..dah makan bayar je laaa". Puiii puii puiii pada kumpulan
ini.
Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3. Yang aku
persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut, RM100 pun aku
bayar, tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok
punya.
Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis
keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan
manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik
dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing.
Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan
mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka
ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali
memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita
nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke
I-City.
Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat
untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat
rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada
pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang
berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik
juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta
Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.
Mari aku ceritakan celakanya.
Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.
Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea
SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat
semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku
syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly
Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini
masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli
stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa
ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita
masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku
tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca
Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa
atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku
fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu
Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal
awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan
terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena
bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.
Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak
masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk".
Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam
locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan
handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang
balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap,
"ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng
kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya
rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik
makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.
Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais
tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku
tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar
I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah,
aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula
nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde
paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa
kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan
structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark
cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang
rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau
dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks
big time.
Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais
banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai
yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku
tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak
pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya
macam mana. Lantaklah!
Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan
faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok
kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku
fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau
berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan
fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan
kesian mak ayah pada anak anak.
Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3
game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau
baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali
naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in
fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10
pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure
the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap
untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka
lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau
anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh
ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat
anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game.
Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.
Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.
Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter,
clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku
bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila
faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi
dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik
faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly
belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je
lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance
reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah
beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just
suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku
tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang
terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga
tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku
diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku
tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian
dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.
Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau
yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height
limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu"
sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu
satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height
limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis
pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni
semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni
game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat?
kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang
ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual
buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick,
sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus
mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan
100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko
salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu
tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat
manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.
Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu
banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu
ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia
sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad
tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak
tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak
datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?
Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.
kredit kepada FdausAmad
Sunday, December 30, 2012
I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment