Powered By Blogger

Thursday, July 29, 2010

Dr Ling didakwa tipu Kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion

2010/07/29
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan pembelian tanah di Pulau Indah bernilai RM1.08 bilion lapan tahun lalu.

Dr Ling, 67, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 September 2002 dan 6 November 2002.
Beliau yang juga bekas Presiden MCA kelihatan tenang ketika pertuduhan berkenaan dibacakan kepadanya yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris.
Hakim Suzana Hussin membenarkan bekas Presiden MCA itu diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 September ini, pada jam 8.30 pagi untuk sebutan semula kes itu.

Dr Ling yang berbaju belang biru putih dibebaskan selepas membayar ikat jamin itu.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma yang dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang.

Terma-terma berkenaan ialah
- luas tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki pesegi;
- kadar pembelian tahan adalah sebanyak RM25 satu kaki pesegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456,000.00;
- tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah "bayaran tertangguh" selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (berjumlah RM720,014,600.00).

Dipetik daripada Berita Harian, 29 Julai 2010..
p/s: lain kali, tak payah pegang jawatan tinggi la kalau nak menipu.. cemarkan maruah sendiri sahaja..

Baca lagi...

No comments:

Post a Comment